Sabah Football Club

Alto gembira taktikalnya menunjukkan kesan positif kepada Sabah FC II

KOTA KINABALU : Sabah FC II yakin semua pemainnya akan dapat mencatat keputusan positif untuk mengharungi perjalanan Piala Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) nanti.

Ketua Jurulatihnya, Alto Linus berkata, beliau gembira apabila pemain sudah memahami corak taktikalnya sekali gus mula mencapai persefahaman dalam kalangan pemainnya.

Katanya, sehingga kini pemain sudah mencapai 60 hingga 70 peratus sudah mula memahami taktikal yang diperlukan serta mampu dipraktikkan dalam beberapa siri perlawanan akan datang.

“Kita yakin inilah perkembangan positif yang kita mahu.…So saya rasa ini merupakan khabar gembira bagi pasukan berikutan jadual perlawanan liga masih lama.

“Kita akan rancang beberapa perlawanan persahabatan untuk memastikan semua pemain dapat memperbaiki semua kelemahan sebelum kita menghadapi perlawanan seterusnya nanti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alto berkata, ketika ini beberapa  kelemahan pemain sudah dikenalpasti termasuk teknik bagaimana mereka berfikir ketika berada dalam padang untuk bermain sekali gus mencapai kemenangan.

“Jadi inilah yang harus kita harus tekankan lagi bagaimana untuk mereka agar cepat matang ketika beraksi di dalam padang. 

“Dalam tempoh terdekat, kita akan ambil pemain bawah 20, ada juga mungkin players yg kita akan ketepikan dalam perancangan untuk masa depan,” jela Alto.

Menurutnya, ini merupakan inisiatif untuk menambah baik kualiti pemain walaupun mereka masih berumur 19 tahun tetapi mampu memberikan tahap permainan yang diperlukan.

“Jika mereka mencapai kualiti serta mempamerkan kualiti serta mutu permainan yang positif sudah tentu kita akan serapkan bersama pasukan.

“Ini janji serta perancangan terbaharu Sabah FC II, kita akan mula melatih mereka untuk memiliki kualiti permainan yang diharapkan pada masa depan,” kata Alto.