Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Sabah FC wajar catat kemenangan pertama di gelanggang sendiri malam ini

KOTA KINABALU: Sabah FC wajar ambil peluang ‘Menang’ beraksi digelanggang sendiri ketika bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Likas malam ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata semua pemain mesti berlagak juara serta elak jangan mahu menang tetapi seolah-olah seperti macam mahu kalah.

Katanya jika mahu menang pemain Sabah FC mesti menunjukkan gaya macam mahu menang agar disegani oleh pihak lawan.

“Sabah FC mesti menang pada perlawanan menentang Negeri Sembilan FC pada pertemuan pertama di Stadium Likas malam ini.

President SAFA, Bung Mokhtar.

“Ini tempat dan gelanggang keramat kita…buktikan dengan kewujudan pasukan baharu ini Sabah FC akan dapat memperagakan satu pasukan yang berkualiti dengan mempunyai semangat juang tinggi sekali gus mempunyai semangat untuk menang dalam setiap perlawanan,” katanya dalam kenyataan Facebook rasminya hari ini.

Bung Moktar berkata beliau yakin dengan ketrampilan serta pengalaman Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee Sabah FC akan memanfaatkan kelebihan beraksi dilaman sendiri malam ini.

“Jangan hampakan harapan peminat serta pihak pengurusan. Malam ini kita memang mahu menang…Oleh itu semua pemain harus dengar setiap arahan yang dikeluarkan jurulatih,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *