Sabah FC Lancar Rhinos Care 2026/2027, Perluas Inisiatif Perlindungan Kepada Penyokong Dan Masyarakat

SABAH FC LANCAR RHINOS CARE 2026/2027, PERLUAS INISIATIF PERLINDUNGAN KEPADA PENYOKONG DAN MASYARAKAT

KOTA KINABALU, 16 NOVEMBER 2026 – Sabah Football Club (Sabah FC) hari ini melancarkan inisiatif Rhinos Care bagi Musim 2026/2027, satu program perlindungan Personal Accident Takaful hasil kerjasama bersama Total Protection Insurance Agency, bagi memperluas akses kepada perlindungan kemalangan diri yang mudah dan mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

Pelancaran disempurnakan oleh Pengarah Sabah Football Club Sdn Bhd, YBhg. Datuk TPr. Alijus Haji Sipil, dalam satu majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), di sini.

Menurut Datuk Alijus, Sabah FC bukan sekadar sebuah kelab bola sepak, sebaliknya merupakan sebuah komuniti besar yang merangkumi pemain, pegawai, kakitangan, penyokong serta keluarga mereka.

Justeru, Rhinos Care diperkenalkan sebagai usaha kelab untuk mendekati masyarakat melalui inisiatif kebajikan yang memberi penekanan kepada kepentingan perlindungan dan persediaan menghadapi risiko kehidupan seharian.

Berteraskan slogan “PA For All” dan “I Care, We Care, Rhinos Care”, Rhinos Care menawarkan dua pakej asas iaitu Pakej Gold pada harga RM81 dan Pakej Premium RM108.

Program berkenaan turut menyediakan empat pilihan pelan mengikut keperluan dan latar belakang peserta, iaitu Rhinos Bekerja, Rhinos Melindungi, Rhinos Merawat dan Rhinos Membantu.

Antara manfaat yang ditawarkan termasuk elaun hospital harian, perlindungan ragut dan rompakan, elaun perubatan serta manfaat kematian dan hilang upaya kekal sehingga RM100,000. Setiap pelan turut disertakan elaun pengebumian.

Datuk Alijus turut menggalakkan seluruh warga Sabah FC, khususnya penyokong setia The Rhinos, mengambil peluang menyertai inisiatif berkenaan sebagai langkah melindungi diri dan keluarga, selain menjadi sebahagian daripada usaha menyokong kelab.

Sabah FC berharap kerjasama bersama Total Protection Insurance Agency ini menjadi permulaan kepada lebih banyak inisiatif tanggungjawab sosial dan kebajikan yang memberi manfaat kepada komuniti bola sepak serta masyarakat Sabah secara keseluruhannya.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot