Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Waspada Kebangkitan Terengganu FC Leburkan Rekod Tanpa Kalah Sabah FC

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata, Terengganu FC sebelum ini tewas kepada Selangor FC sudah tentu akan membuktikan mereka akan meleburkan rekod tanpa kalah Sabah FC di gelanggang sendiri.

“Kita tidak boleh mengambil mudah apabila bermain menentang pasukan Terengganu FC, mereka tewas kepada Selangor FC sebelum ini tetapi mereka membuktikan masih berada dalam kelompok yang terbaik ketika ini.

“Kita harus kekalkan apa yang telah kita lakukan pada tiga perlawanan yang lepas dan memastikan kita teruskan rekod tanpa kalah di Stadium Likas.

“Ini penting untuk kita meneruskan saingan liga supaya tidak tercicir mata di tempat sendiri,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kim Swee berkata, beberapa pemain utama termasuk Park Taesu, Kwang Min Ko serta beberapa pemain lain masih berada dalam senarai kecederaan.

“Kita masih menunggu sehingga saat-saat akhir sama ada mereka dapat diturunkan atau sebaliknya.

“Pada masa yang sama saya percaya beberapa pemain lain sudah bersiap sedia untuk diturunkan sekiranya diberikan peluang beraksi malam esok,” katanya.