Sabah Football Club

Sabah FC II yakin dapat capai keputusan positif pertemuan Penang FC II di Stadium Bandaraya Pulau Pinang – Alto

KOTA KINABALU : Sabah FC II bersiap sedia berhadapan Penang FC II dalam mengharungi kempen Piala Bola Sepak Malaysia (MFL) di Stadium Bandaraya Pulau Pinang 24 September ini.

Jurulatihnya, Alto Linus berkata, pihaknya sudah mengenalpasti  beberapa kesebelasan utama nanti serta dapat mencatat kemenangan yang diharapkan ketika beraksi di laman lawan.

Katanya, beliau yakin pemain akan dapat mempamerkan kualiti permainan yang sebenar mereka sekali gus dapat mewujudkan keserasaian bersama-sama rakan pasukan.

“KIta melihat mereka mempunyai potensi yang besar namun harus bersaing serta belajar untuk mematangkan lagi mutu permainan mereka. 

“Ini merupakan satu peluang yang baik untuk pemain bawah 20 tahun untuk masa depan mereka.

“Peluang serta pendedahan awal bersama-sama pemain senior cepat matang serta meningkatkan tahap keyakinan diri mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alto berkata, selepas berehat panjang sukar untuk menentukan kualiti permainan mereka apabila tiada perlawanan kompetitif sepanjang satu bulan liga berehat.

“Kita berterima kasih kepada Datuk Ong Kim Swee memberi peluang kepada Sabah FC II bermain dalam perlawanan persahabatan menentang skuad senior. 

“Perlawanan persahabatan ini dapat membantu kita melihat bagaimana corak persembahan permainan sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk memperbaiki kelemahan yang ada,” jelas Alto.

Ketika mengulas mengenai pertemuaan menentang Penang FC II nanti, beliau yakin pemain akan memberikan persembahan terbaik sekaligus mencatat kemenangan kelak.

“Kita sudah membuat segala perancangan Sabah FC II termasuk  memperbaiki beberapa taktikal pasukan sekali gus berusaha untuk mencatat keputusan positif pada perlawanan ini nanti.

“Kita yakin Sabah FC II akan dapat mencapai keputusan terbaik pada perlawanan ini nanti sekali gus dapat meningkatkan motivasi untuk mengharungi perlawanan akan datang,” kata Alto.