Sabah FC dan Emas Sri Semantan Meterai MoU Kerjasama Penajaan RM4 Juta Bagi Musim 2026/2027

KOTA KINABALU, 29 Julai 2026 – Sabah FC dan Emas Sri Semantan Sdn. Bhd. hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama penajaan bernilai RM4 juta untuk musim 2026/2027, sekali gus menandakan satu lagi kerjasama strategik antara kelab dan sektor korporat dalam memperkukuh pembangunan bola sepak Sabah.

Majlis pemeteraian MoU yang berlangsung di Hilton Kota Kinabalu itu merupakan sebahagian daripada perancangan Sabah FC untuk memperluaskan rangkaian rakan strategik dan mengisi slot penajaan yang telah dirangka bagi menghadapi musim 2026/2027.

Penajaan Emas Sri Semantan adalah dalam bentuk kewangan sepenuhnya dan akan digunakan terutamanya bagi menyokong keperluan operasi Sabah FC sepanjang musim, selain membantu usaha kelab menambah baik fasiliti khususnya berkaitan pemulihan pemain dan peningkatan prestasi.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA), Datuk Awang Kadin Tang berkata, kehadiran Emas Sri Semantan sebagai rakan strategik memberi nilai tambah kepada Sabah FC, bukan sahaja daripada aspek kewangan tetapi juga dalam usaha memperluaskan lagi jangkauan dan imej pasukan.

Menurut beliau, penglibatan sektor swasta amat penting dalam memastikan sesebuah kelab bola sepak dapat berkembang secara mampan, terutama dalam persekitaran bola sepak moden yang memerlukan sokongan kewangan dan kerjasama komersial yang kukuh.

“Seperti kelab-kelab lain di negara ini dan di peringkat antarabangsa, sokongan sektor swasta sama ada dalam bentuk penajaan, sumbangan atau kerjasama strategik amat penting untuk kelangsungan sesebuah kelab.

“Bagi Sabah FC, kerjasama ini akan membantu keperluan operasi pasukan bagi musim 2026/2027, selain menyokong perancangan jangka panjang termasuk penambahbaikan fasiliti untuk pemulihan pemain dan peningkatan prestasi,” katanya.

Datuk Awang berkata, Sabah FC turut mengalu-alukan lebih banyak penyertaan sektor korporat dalam pembangunan kelab dan masih terbuka untuk membincangkan beberapa peluang penajaan yang tersedia.

Sementara itu, Pengerusi Emas Sri Semantan Sdn. Bhd., Tuan Hafizal Mahmood berkata, keputusan syarikat menjalinkan kerjasama dengan Sabah FC didorong oleh kedudukan bola sepak yang cukup dekat dengan masyarakat Sabah serta sokongan kuat rakyat negeri ini terhadap pasukan mereka.

Emas Sri Semantan ketika ini mempunyai tiga cawangan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau serta merancang membuka sebuah lagi cawangan di Tawau sebagai sebahagian daripada pengembangan operasinya di Sabah.

“Bola sepak mempunyai pengaruh yang besar dan dekat di hati rakyat Sabah. Kami melihat kerjasama dengan Sabah FC sebagai satu platform yang baik untuk Emas Sri Semantan mendekati masyarakat dengan lebih luas, di samping memperkukuh kehadiran jenama kami di negeri ini.

“Kami juga melihat kesungguhan pengurusan Sabah FC dalam membina pasukan yang kompetitif dan meningkatkan prestasi pasukan. Ini memberikan keyakinan kepada kami untuk bersama-sama Sabah FC sebagai rakan strategik,” katanya.

Kerjasama kedua-dua pihak juga tidak terhad kepada penajaan pasukan utama. Emas Sri Semantan merancang untuk bekerjasama dengan Sabah FC dalam beberapa inisiatif melibatkan pembangunan bola sepak dan komuniti.

Antara yang dirancang ialah siri jelajah bersama pemain Sabah FC ke beberapa daerah, Klinik Bola Sepak bagi membantu mencungkil bakat baharu tempatan serta penajaan pertandingan Liga Daerah.

Hafizal berkata, syarikat itu turut melihat potensi untuk meneruskan kerjasama dengan Sabah FC dalam jangka masa lebih panjang, sejajar dengan rancangan Emas Sri Semantan memperluaskan operasi di seluruh Sabah termasuk pembukaan cawangan baharu dan perancangan mewujudkan kilang pemprosesan emas di negeri ini.

“Kami melihat Sabah sebagai pasaran yang penting dan perniagaan kami akan terus berkembang di negeri ini. Justeru, kami memerlukan pendekatan pemasaran yang berterusan dan melihat bola sepak sebagai antara platform strategik untuk membina hubungan dengan masyarakat Sabah.

“Sudah tentu kami terbuka untuk melihat kerjasama ini berkembang lebih jauh bersama Sabah FC pada masa hadapan,” katanya.

Dalam aspek prestasi, Hafizal berharap Sabah FC mampu meneruskan momentum positif dengan sekurang-kurangnya mengulangi pencapaian mara ke final Piala FA musim lalu, selain mampu mencabar tempat ke final Piala Malaysia dan berada dalam kelompok tiga pasukan terbaik Liga Super musim 2026/2027.

Pemeteraian MoU itu turut mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk membina kerjasama yang memberi manfaat bukan sahaja kepada Sabah FC dan Emas Sri Semantan, malah kepada pembangunan bola sepak serta komuniti di Sabah secara keseluruhannya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengarah Sabah FC, Datuk TPr. Alijus Hj. Sipil, barisan pengurusan Sabah FC serta Ahli Lembaga Pengarah Emas Sri Semantan Sdn. Bhd., Tuan Shaaini Md. Jumaat dan Tuan Mohd Sharif Saman.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot