Juan Torres Garido Yakin Sabah Mampu Beri Saingan Sengit Kepada Selangor

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido yakin anak buahnya mampu memberikan saingan sengit kepada Selangor FC apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam aksi Piala FA di Stadium Likas, jam 7.30 malam esok.

Sabah hadir dengan keyakinan selepas memenangi dua perlawanan pertama liga, namun Juan Torres sedar Selangor turut berada dalam prestasi positif dengan rekod yang sama.

“Kami yakin kami boleh memberikan satu perlawanan yang baik menentang Selangor,” katanya.

Menurut Juan Torres, kelebihan beraksi di laman sendiri perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, terutama dengan sokongan penyokong yang diharapkan memenuhi Stadium Likas.

Baginya, kehadiran penyokong bukan sahaja memberikan kelebihan dari segi suasana perlawanan, malah mampu meningkatkan motivasi pemain ketika berdepan lawan berkualiti seperti Selangor.

“Kelebihannya adalah bermain di hadapan Likas yang penuh. Saya mahu mengajak mereka datang ke stadium untuk menyokong kami,” katanya.

Pertemuan kali ini turut mengimbau kembali pertemuan dramatik kedua-dua pasukan dalam saingan Piala FA musim lalu apabila Sabah menyingkirkan Selangor menerusi penentuan penalti selepas agregat berkesudahan 5-5.

Walaupun belum bersama Sabah ketika itu, Juan Torres mengakui keputusan tersebut merupakan satu pencapaian besar dan berharap pasukannya mampu mengulangi kejayaan berkenaan.

“Saya masih belum berada di sini ketika itu, tetapi itu adalah satu keputusan yang besar. Sudah tentu bagus jika kami dapat mengulanginya,” katanya.

Bagaimanapun, Juan Torres menjangkakan Selangor akan tampil dengan motivasi tinggi, apatah lagi mereka juga memulakan musim dengan dua kemenangan.

Beliau turut mengakui Selangor merupakan pasukan pilihan di atas kertas, namun percaya keadaan di atas padang boleh menghasilkan keputusan berbeza.

“Kami menjangkakan berdepan pasukan yang sangat bagus dan bermotivasi tinggi. Saya pasti mereka juga menyasarkan untuk mara ke final Piala FA dan di atas kertas mereka jelas pilihan berbanding kami.

“Tetapi kita akan lihat apa yang berlaku di atas padang,” katanya.

Mengenai sasaran Sabah untuk mengulangi pencapaian mara ke final Piala FA musim lalu, Juan Torres memilih untuk bersikap realistik memandangkan skuadnya masih dalam proses pembentukan.

Katanya, Sabah mempunyai pasukan yang hampir baharu dengan ramai pemain masih menyesuaikan diri, justeru fokus ketika ini adalah memperbaiki prestasi dari satu perlawanan ke satu perlawanan.

“Itu bukan sasaran yang realistik pada ketika ini. Kami mempunyai pasukan yang hampir baharu dan perlu bergerak langkah demi langkah.

“Prestasi dan keputusan kami selepas beberapa perlawanan akan menunjukkan di mana sebenarnya tahap kami. Kami masih dalam fasa peralihan dan ramai pemain baharu masih menyesuaikan diri,” katanya.

Justeru, Juan Torres sekali lagi mengharapkan sokongan penyokong Sabah ketika berdepan Selangor, sambil percaya kehadiran mereka di Stadium Likas mampu membantu pasukan berkembang dengan lebih cepat.

“Kami perlukan penyokong datang ke stadium jika kami mahu berkembang lebih cepat dan mempunyai peluang untuk menghadapi cabaran seperti ini,” katanya.

Dengan kedua-dua pasukan hadir selepas mencatat dua kemenangan awal liga, pertemuan di Likas esok dijangka menjadi ujian penting buat Sabah untuk mengukur sejauh mana kemampuan skuad baharu mereka apabila berdepan salah satu pasukan yang turut bermula baik musim ini.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot