Sabah FC Mahu Tutup Minggu Padat Dengan Tiga Mata

KOTA KINABALU — Selepas mengharungi jadual padat dengan tiga perlawanan dalam tempoh hanya seminggu, Sabah FC kini mengalihkan fokus untuk menutup tempoh mencabar itu dengan kemenangan ke atas DPMM FC di Stadium Likas, Ahad ini.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Juan Torres Garrido, mengakui tahap kecergasan pemain menjadi perhatian utama selepas dua aksi menentang Selangor dan satu perlawanan menentang Kuching.

Namun, pengendali kelahiran Sepanyol itu menegaskan keadaan tersebut tidak mengubah sasaran Sabah FC untuk memburu tiga mata di laman sendiri.

“Kami masih menguruskan proses pemulihan pemain selepas tiga perlawanan dalam tempoh seminggu. Tetapi sasaran kami jelas, kami mahu memenangi perlawanan ini,” katanya.

Juan pada masa sama memberi amaran bahawa DPMM FC bukan lawan yang boleh dipandang ringan, khususnya dengan kemampuan mereka bermain pada intensiti tinggi serta mengeksploitasi ruang di belakang pertahanan.

“Mereka bermain dengan intensiti tinggi, sangat tersusun dan merupakan pasukan yang baik dalam menyerang ruang di belakang barisan pertahanan terakhir,” katanya.

Justeru, Sabah FC perlu memastikan tahap disiplin serta keupayaan bertahan berada pada tahap terbaik bagi menghalang ancaman pasukan dari Brunei itu.

Bagi Juan, kemenangan di Likas bukan sahaja penting dari segi kutipan mata, malah mampu memberikan suntikan keyakinan kepada pasukan sebelum saingan liga berehat bagi memberi laluan kepada kalendar antarabangsa FIFA.

“Adalah penting untuk mendapatkan perasaan yang baik sebelum rehat antarabangsa FIFA dan menghargai kerja keras yang telah dilakukan oleh para pemain,” katanya.

Dengan kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri, Juan berharap pemain dan penyokong dapat bersama-sama mencipta suasana positif di Stadium Likas.

“Kami menjangkakan untuk bersama-sama menikmati satu persembahan yang menarik pada malam tersebut di Likas,” katanya.

Sabah FC kini mempunyai peluang untuk menjadikan aksi menentang DPMM FC sebagai pentas terbaik bagi menutup minggu yang padat dengan tiga mata dan momentum positif sebelum rehat FIFA.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot