Sabah FC Lancar The Rhinos Loyalty Card 26/27

KOTA KINABALU, 2 Oktober 2026 – Sabah FC hari ini melancarkan The Rhinos Loyalty Card 26/27 pada harga RM19.90, sebagai tanda penghargaan kepada penyokong serta usaha mengeratkan hubungan antara kelab, penyokong dan komuniti perniagaan tempatan.

Pengarah Sabah FC, Datuk Tpr. Alijus Sipil, berkata pemegang kad akan menikmati tiga manfaat utama sepanjang musim 2026/27, iaitu akses awal pembelian tiket secara dalam talian, cabutan bertuah bulanan untuk lima pemenang serta tawaran dan diskaun eksklusif daripada rakan niaga Sabah FC.

“Penyokong adalah antara kekuatan utama Sabah FC. Melalui kad ini, kita mahu memberikan sesuatu kembali kepada mereka atas kesetiaan dan sokongan yang diberikan, di samping membina satu ekosistem yang menghubungkan kelab, penyokong dan perniagaan tempatan,”

Sebanyak 12 rakan niaga daripada sektor hospitaliti, makanan dan minuman, kesihatan, kecergasan, sukan serta automotif menyertai inisiatif berkenaan.

Datuk Alijus berkata Sabah FC mengalu-alukan lebih banyak syarikat dan usahawan tempatan untuk menyertai rangkaian rakan niaga tersebut bagi memperluaskan manfaat kepada penyokong serta menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan.

Dalam perkembangan sama, Sabah FC bersama Total Protection Insurance Agency akan memperkenalkan Rhino’s Care, iaitu pelan perlindungan Takaful Kemalangan Diri untuk penyokong Sabah FC dan rakyat Sabah, dengan kadar serendah kurang daripada 30 sen sehari.

“Semangat Badak bukan hanya dibawa di atas padang, tetapi juga melalui inisiatif yang memberi manfaat kepada penyokong dan komuniti. Rhino’s Care akan diperkenalkan dalam masa terdekat,” katanya.

Datuk Alijus turut menyeru penyokong mendapatkan The Rhinos Loyalty Card 26/27 dan terus bersama Sabah FC sepanjang musim 2026/27.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot