Sabah FC Grassroots Tournament 2026 Perkukuh Pembangunan Bakat Muda Dan Ekosistem Bola Sepak Sabah

KOTA KINABALU, SABAH | 28 SEPTEMBER 2026 – Sabah FC akan menganjurkan Sabah FC Grassroots Tournament 2026 pada 21 dan 22 November 2026 di Padang SAFA, Likas, Kota Kinabalu, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kelab memperkukuh pembangunan bola sepak akar umbi di Sabah.

Bertemakan “Building Young Talents. Inspiring The Next Generation.”, kejohanan sulung ini memberi tumpuan kepada dua kategori umur, iaitu Bawah 9 Tahun (U9) dan Bawah 11 Tahun (U11), dengan penyertaan terbuka kepada semua pasukan. Sebanyak 16 pasukan bagi setiap kategori akan diberi peluang untuk mengambil bahagian.

Menurut Pengarah Teknikal Sabah FC, Irwan Jamil, penganjuran kejohanan ini merupakan sebahagian daripada pendekatan kelab untuk mewujudkan laluan pembangunan bola sepak yang lebih jelas dan tersusun, bermula daripada peringkat grassroots.

“Grassroots merupakan salah satu elemen asas dalam membentuk ekosistem bola sepak yang mampan di Sabah kerana ia melibatkan semua pihak. Kita mahu memberikan sebanyak mungkin peluang kepada pemain muda untuk bermain, belajar dan menunjukkan potensi sebenar mereka,” katanya.

Beliau berkata, kejohanan ini bukan sekadar memberi penekanan kepada keputusan pertandingan, sebaliknya dilihat sebagai satu proses pembangunan pemain dan pembinaan ekosistem bola sepak yang lebih menyeluruh.

Menurut beliau, format kejohanan yang menggunakan konsep grouping dan multi-tier cup turut memberi peluang kepada semua pasukan untuk terus beraksi sehingga ke peringkat akhir, sekali gus memberikan pemain pengalaman pertandingan yang lebih luas.

“Pendekatan kita adalah melihat kejohanan ini bukan semata-mata pertandingan untuk menentukan juara, tetapi sebagai satu proses pembangunan pemain dan pembangunan ekosistem bola sepak di Sabah,” katanya.

Dari perspektif teknikal, kejohanan ini juga memberi peluang kepada Sabah FC untuk menilai aspek perkembangan pemain, termasuk penguasaan teknik, keupayaan membuat keputusan, cara bermain secara berpasukan serta pemahaman terhadap permainan.

Pada masa sama, kejohanan ini berpotensi menjadi salah satu platform bagi Sabah FC untuk mengenal pasti dan memantau bakat-bakat muda yang mempunyai potensi untuk dibangunkan melalui struktur akademi kelab.

Irwan berkata, pemilihan kategori U9 dan U11 juga mempunyai kepentingan dari sudut pembangunan jangka panjang, termasuk usaha menyediakan kelompok pemain yang berpotensi untuk diserap ke akademi serta sebagai persediaan menghadapi kejohanan MSSM U12 bagi tahun 2027 dan 2028.

Sabah FC melihat pembangunan grassroots sebagai asas penting dalam mengurangkan kebergantungan kepada rekrut luar dalam jangka panjang, sekiranya proses pembangunan pemain tempatan dapat dilaksanakan secara konsisten dan sistematik.

Sabah FC mengalu-alukan penyertaan akademi, kelab, jurulatih, pemain muda serta ibu bapa untuk bersama-sama menjayakan edisi pertama Sabah FC Grassroots Tournament 2026 dan menyokong usaha membina generasi baharu bola sepak Sabah.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot