Dari Eropah Ke Asia, Kini Misi Oskari Kekkonen Bersama Sang Badak

Sabah FC terus memperkuatkan barisan bagi menghadapi saingan musim 2026/2027 dengan kehadiran pemain tengah antarabangsa Filipina-Finland, Oskari Kekkonen.

Pemain berusia 27 tahun kelahiran Kotka, Finland itu tiba di bumi di bawah bayu selepas beraksi bersama Lamphun Warriors di Thailand dan bakal menyarung jersi bernombor 5 bersama Sang Badak musim ini.

Berbekalkan pengalaman bola sepak di Eropah dan Asia serta pendedahan di pentas antarabangsa, Kekkonen hadir dengan satu tekad, menambah kekuatan jentera tengah dan bersama-sama membawa Sabah FC ke tahap yang lebih tinggi. Kini, bumi Sabah menjadi destinasi seterusnya.

Bagi Kekkonen, keputusan untuk menyertai Sang Badak didorong oleh keyakinannya terhadap cita-cita dan hala tuju kelab yang mahu terus berkembang serta membina sesuatu yang baharu.

“Saya benar-benar dapat merasakan cita-cita kelab ini untuk terus berkembang dan membina sesuatu yang baharu. Bagi saya, Sabah FC sentiasa merupakan sebuah kelab besar dalam bola sepak Malaysia,” katanya.

Perjalanan karier Kekkonen turut dihiasi pengalaman di pentas antarabangsa. Antara kenangan yang paling bermakna adalah ketika mewakili skuad Filipina Bawah 23 Tahun pada Sukan SEA ke-31 di Hanoi, penampilan pertamanya di temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu dan satu pengalaman yang kekal terpahat dalam ingatannya. Perjalanan itu kemudiannya membawa Kekkonen ke satu lagi detik penting dalam karier apabila diberikan peluang membuat penampilan sulung bersama skuad kebangsaan senior Filipina. Satu detik yang disifatkannya sebagai pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.

Menariknya, perjalanan Kekkonen untuk menyertai Sabah FC turut mempunyai kaitan dengan seorang bekas pemain Sang Badak. Sebelum membuat keputusan untuk datang ke Sabah, Kekkonen sempat mendapatkan pandangan Hendrik Helmke, bekas pemain tengah Sabah FA yang pernah menyarung jersi pasukan pada 2012. Kekkonen dan Helmke pernah menjadi rakan sepasukan di Finland pada 2018 dan perbualan bersama bekas pemain Sabah itu turut memberikannya gambaran mengenai kelab sebelum menyahut cabaran baharu bersama Sang Badak.

Sasaran Kekkonen cukup jelas, memberikan segala yang dimilikinya untuk membantu Sabah FC memperbaiki kedudukan berbanding musim lalu dan bersama-sama berjuang mencapai sasaran pasukan.

“Saya mahu membantu pasukan memperbaiki kedudukan berbanding musim lalu dan secara peribadi memberikan sumbangan sebanyak mungkin untuk membantu pasukan mencapai sasaran serta menggembirakan penyokong Sabah.”

Buat seluruh penyokong Sang Badak, Kekkonen juga sudah tidak sabar untuk merasai sendiri atmosfera dan semangat penyokong Sabah apabila turun beraksi nanti.

“Saya sangat bangga dapat menyertai Sabah FC dan tidak sabar untuk bertemu anda semua di stadium. Mari kita bersama-sama jadikan musim ini satu musim yang hebat untuk kita semua!”

A New Chapter Begins. Oskari Kekkonen is a Rhino.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot