Sabah Football Club

Datuk Ong Kim Swee

Senarai Penuh Pemain Sabah FC diketahui Disember ini.

KOTA KINABALU: Masih terlalu awal untuk Sabah FC mengumumkan secara rasmi pemain-pemain baharu yang bakal mengikat kontrak beraksi bersama-sama skuad “The Rhinos” musim depan bagi menghadapi saingan Liga Super 2022.

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata bagi memastikan Sabah FC mampu memberikan saingan kepada pasukan-pasukan lain dalam Liga Super musim depan beliau perlu membawa masuk pemain-pemain yang cukup berkualiti seperti Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Irfan Fazail dan beberapa pemain lagi namun ini semua ini bagi saya hanya satu spekulasi yang ditularkan di media sosial kerana apa yang penting beliau harus berbincang dengan pihak pengurusan terlebih dahulu terutamanya daripada segi bajet pasukan untuk musim depan.

Datuk Ong Kim Swee

Kim Swee berkata beliau tidak boleh memilih pemain secara sesuka hati tanpa mengikut kriteria perbelanjaan yang ditetapkan pihak pengurusan Sabah FC.

“Pada saya sudah tentu kita inginkan beberapa pemain yang mempunyai mutu permainan berkualiti tinggi untuk mencapai keputusan baik dalam saingan Liga Super 2022.

“Dalam masa sama kita juga sudah mengenalpasti beberapa pemain tempatan untuk dicadangkan kontrak baharu musim depan berdasarkan kemampuan kewangan Sabah FC.

“Setiap tahun pasti semua kelab akan membeli, menjual atau mengekalkan para pemain mereka dan sama juga dengan pasukan Sabah sudah tentu ada pemain yang tidak akan disambung kontrak dan ada juga pemain yang akan disambung kontrak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di Kota Kinabalu hari ini.

Kim Swee berkata senarai rasmi pemain-pemain Sabah FC musim depan hanya diketahui selewat-lewatnya awal Disember ini.

“Apa yang boleh kita kongsikan di sini….Sabah FC melakukan perancangan rapi untuk mengekalkan berapa pemain utama yang sudah menunjukkan prestasi yang memberansangkan sepanjang musim ini,” katanya.