Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Sabah FC perlu kekalkan momentum kemenangan malam esok

KOTA KINABALU: Sabah FC harus mengekalkan momentum kemenangan menentang Respect FC dalam saingan Piala FA malam esok untuk layak ke pusingan seterusnya.

Pengendalinya Datuk Ong Kim Swee berkata walaupun berhadapan dengan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan namun Sabah FC masih mempunyai pilihan pemain yang mampu menggalas tugas ketika beraksi di Stadium Likas malam esok.

“Pemain akan diturunkan malam esok sudah pasti merupakan kesebelasan terbaik manakala pemain yang cedera akan direhatkan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Kita tidak akan mengambil risiko berikutan perjalanan Liga Super dan Piala FA baru memasuki pusingan awal serta memerlukan rehat yang secukupnya.

“Apa yang penting kita harus kekalkan momentum kemenangan bagi membolehkan terus layak ke pusingan seterusnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Kim Swee berkata Sabah FC menetapkan sasaran agar dapat melangkah jauh dalam siangan Piala FA sekali gus mengekalkan kemenangan ketika beraksi dilaman sendiri.

“Target dalam perlawanan, kita inginkan kemenangan dalam saingan Piala FA…Sabah FC harus menang jika ingin melangkah ke pusingan seterusnya.

“Selepas ini saingan Piala FA pastinya akan bertambah rancak apabila bertemu pasukan lebih kuat dalam pusingan kedua nanti.

Kim Swee mengingatkan anak-anak buahnya agar tidak mengambil mudah perlawanan esok meskipun berhadapan dengan pasukan Respect FC yang bermain dalam Liga M3.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *