Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Keserasian dalam kalangan pemain perlu diperbaiki segera

Pengendali Sabah FC mengakui masih ada banyak kelemahan meskipun mencapai kemenangan dalam saingan Piala FA menewaskan Respect FC di Stadium Likas malam tadi.

Katanya banyak pertukaran dilakukan dalam kesebelasan utama bagi memberi peluang sekaligus mewujudkan keserasian para pemain namun mereka masih belum menemui rentak permainan sebenar.

“Dari segi keputusan memang bagus kerana kita layak ke peringkat seterusnya, berkaitan prestasi mereka masih banyak lagi kelemahan perlu diperbaiki.

“Masalah ini perlu diselesaikan segera…Kita mempunyai banyak masa sebelum perlawanan Liga Super seterusnya pada 4 April depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Kim Swee berkata beliau yakin masalah keserasian dalam kalangan pemain akan dapat diatasi sekaligus mampu mencipta kemenangan ketika menentang Melaka United FC pada 4 April depan.

Mengulas mengenai masalah teknikal berhubung pemain import Jepun Taiki Kagayama beliau berkata, wujud masalah teknikal namun berjaya diselesaikan sekaligus memberi peluang kepada Taiki untuk direhatkan bagi menghadapi perlawanan selanjutnya.

“Kita tarik balik kemasukkan Taiki untuk beri peluang kepada Harraz meneruskan fokus ada perlawanan malam tadi,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai pemilihan Dominic Tan ke dalam pasukan kebangsaan, Kim Swee berkata ia merupakan satu peluang baik kepada pemain pertahanan Sabah FC itu.

“Kita lihat ini peluang cukup baik Dominic Tan membuktikan keupayaannya melaksanakan tugasan di peringkat kebangsaan sekaligus membuat persiapan pada kelayakan Asia nanti,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *