Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Sabah FC Teliti Perancangan Pengganti Njoku Jacob.

Sabah FC perlu meneliti keperluan pengganti ‘Njoku Jacob’ menjelang musim jendela perpindahan kedua pemain pada bulan julai akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marzuki Nasir berkata ketika ini Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee sedang membuat perancangan untuk mengenalpasti pemain yang mempunyai kualiti permainan yang sesuai dengan taktikal pasukan.

Mengenai penamatan awal kontrak Jacob beliau berkata, kedua-dua pihak mencapai persetujuan bersama bagi membolehkan Jacob dapat menyelesaikan masalah peribadi yang dihadapinya.

“Memang beliau (Jacob) bersetuju disebabkan tu la saya katakan tadi memang wujud masalah keluarganya. Persetujuan sudah dicapai bagi membolehkan kontraknya ditamatkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

“Kita mempunyai masa selama dua bulan ini untuk cuba meneliti pemain yang mana sesuai dengan taktikal Sabah FC selain dapat membantu pasukan bersaing dalam Liga Malaysia itu sendiri,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu.

Marzuki berkata, ketika ini Sabah FC mengenalpasti ada beberapa calon yang bersesuaian namun masih sedang diperhalusi sebelum dicadangkan oleh Datuk Ong Kim Swee dan Pengarah Teknikal, Scott Olleranshaw untuk diputuskan oleh pihak pengurusan kelak.

“Biarlah rahsia dulu….sebab ada beberapa dan ramai pemain berada dalam radar. Dalam masa dua bulan ini kita akan cuba meneliti beberapa pemain lain yang sesuai dengan perancangan Sabah FC,” katanya.