Dari Argentina Ke Negeri Di Bawah Bayu, Gonzalo Di Renzo Kini Sang Badak!

Sabah FC memperkuatkan jentera serangan lagi bagi menghadapi saingan musim 2026/2027 dengan kehadiran penyerang Argentina, Gonzalo Ignacio Di Renzo, atau lebih mesra dikenali sebagai Gonza.

Pemain berusia 30 tahun kelahiran Bahía Blanca, Argentina itu menyertai Sang Badak selepas beraksi bersama CF Talavera de la Reina di Sepanyol dan bakal menyarung jersi bernombor 7 menerusi kontrak semusim bersama Sabah FC.

Berketinggian 1.87 meter, Gonza merupakan penyerang yang mampu menggunakan kedua-dua belah kaki, dengan kaki kanan sebagai pilihan utama. Selain beroperasi sebagai penyerang tengah, beliau turut mempunyai pengalaman bermain sebagai penyerang kedua serta di bahagian sayap.

Memiliki kewarganegaraan Argentina dan Itali, Gonza hadir ke bumi di bawah bayu dengan pengalaman luas hasil perjalanan karier yang membawanya merentasi beberapa negara dan corak bola sepak berbeza. Perjalanannya dari Argentina, Venezuela, Amerika Syarikat, Sepanyol dan kini di Malaysia.

Perjalanan kariernya bermula dalam sistem Lanús di Argentina sebelum beliau membawa cabaran beberapa kelab termasuk Sarmiento, Patronato, Deportivo Lara di Venezuela dan San Antonio FC di Amerika Syarikat.

Karier Gonza kemudiannya membawanya ke Sepanyol bersama UD Lanzarote, Ourense CF dan CF Talavera de la Reina.

Lebih menarik, perjalanan pemain berusia 30 tahun itu turut menyaksikannya merasai cabaran di pentas berprestij bola sepak kelab Amerika Selatan termasuk Copa Libertadores dan Copa Sudamericana.

Berdasarkan rekod karier yang dipaparkan Transfermarket, Gonza telah mengumpul lebih 200 penampilan dalam pelbagai pertandingan, pengalaman yang kini dibawanya untuk memperkuatkan jentera serangan Sang Badak.

Namun selepas bertahun-tahun berkelana, satu cabaran baharu kini menanti di Sabah.

Bagi Gonza, keyakinan yang diberikan oleh kelab serta cita-cita besar dalam projek Sabah FC menjadi antara faktor utama yang meyakinkannya untuk memilih bumi di bawah bayu sebagai destinasi seterusnya.

“Saya memilih Sabah FC kerana saya merasakan keyakinan yang sangat besar diberikan oleh kelab dan saya percaya ini merupakan sebuah projek yang bercita-cita tinggi. Saya juga mahu menyahut cabaran baharu dan merasai sendiri pengalaman bola sepak di Asia.”

Di sebalik perjalanan panjang kariernya, satu detik tetap mempunyai tempat istimewa buat Gonza — penampilan sulungnya sebagai pemain profesional. Baginya, detik itu merupakan kemuncak kepada pengorbanan, kerja keras dan pelbagai cabaran yang dilalui selama bertahun-tahun dalam mengejar impian sebagai pemain bola sepak.

“Saya tidak akan melupakan penampilan sulung sebagai pemain profesional. Ia adalah hasil daripada pengorbanan bertahun-tahun, kerja keras dan pelbagai detik sukar yang perlu saya lalui.”

Pengalaman beraksi di beberapa negara turut membentuk Gonza bukan sahaja sebagai seorang pemain, tetapi juga sebagai individu yang lebih matang selepas menyesuaikan diri dengan budaya dan gaya permainan berbeza.

Kini, semua pengalaman itu dibawa ke Sabah dengan misinya yang komited untuk berjuang sebagai Sang Badak.

“Matlamat saya adalah untuk membantu pasukan dengan cara terbaik melalui kerja keras, jaringan dan komitmen. Saya berharap kami mampu mencapai sesuatu yang hebat bersama-sama musim ini.”

Buat seluruh penyokong Sang Badak, Gonza turut membawa satu janji apabila melangkah ke padang dengan jersi Sabah FC.

“Saya sangat teruja dengan lembaran baharu ini dan berharap dapat memberikan banyak detik kegembiraan kepada penyokong sepanjang musim. Saya berjanji akan sentiasa memberikan yang terbaik di atas padang dan menyarung jersi ini dengan penuh rasa bangga.”

A New Chapter Begins. Gonzalo Di Renzo is a Rhino.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot