Jentera Tengah Sang Badak Semakin Garang. Halim Saari Kini Milik Sabah FC!

Sabah FC terus memperkuatkan skuad bagi menghadapi musim 2026/2027 dengan mengesahkan kehadiran pemain tengah berpengalaman, Abdul Halim Saari, sebagai tambahan terbaharu dalam keluarga Sang Badak.

Pemain kelahiran Kulim, Kedah itu tiba dengan pengalaman luas dalam saingan bola sepak tempatan selepas pernah beraksi bersama Imigresen FC, Kedah dan Selangor. Bersama Sabah FC, Halim bakal menyarung jersi bernombor 18.

Karier Halim menyaksikannya menembusi pasukan senior Kedah pada 2016 sebelum mencipta antara detik terbesar dalam perjalanan bola sepaknya apabila menjulang Piala Malaysia bersama Kedah.

Pengalamannya bukan hanya di pentas domestik. Halim turut pernah mendapat pendedahan bersama skuad Harimau Malaya dan merasai pengalaman berdepan Vietnam di pentas antarabangsa.

Kini, cabaran baharu menantinya dan destinasi seterusnya di Negeri Di Bawah Bayu, Sabah.

Visi besar kelab dan semangat luar biasa penyokong Sang Badak menjadi antara faktor utama yang meyakinkan Halim untuk membawa perjuangannya ke bumi di bawah bayu.

“Saya memilih Sabah kerana melihat kelab ini mempunyai visi yang jelas dan cita-cita besar. Sabah FC juga mempunyai penyokong yang sangat luar biasa dan saya mahu menjadi sebahagian daripada pasukan yang sentiasa berjuang untuk memberikan yang terbaik kepada mereka,” kata Halim.

Dengan pengalaman, semangat dan keazaman yang dibawanya, kehadiran Halim bakal menambah kekuatan serta pilihan di jentera tengah Sang Badak dalam mengharungi cabaran musim 2026/2027.

Misinya jelas iaitu berjuang untuk lencana di dada, keluarga dan Sabah.

“Harapan saya musim ini adalah untuk membantu Sabah berada pada kedudukan terbaik dan memperbaiki pencapaian berbanding musim lepas.”

Dan buat seluruh penyokong Sang Badak, Halim mempunyai satu pesanan:

“Teruslah menyokong pasukan walau apa keadaan sekalipun.”

A New Chapter Begins. Halim Saari is a Rhino.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot