Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Jaringan Hatrik Amri Yahya jadi motivasi kepada pemain Sabah FC

Keupayaan menjaringkan hatrik membuktikan Mohd Amri Yahyah masih kekal pada prestasi sebenarnya sekaligus menjadi senjata utamanya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Likas malam tadi.

Datuk Ong Kim Swee | Foto: Sabah FC Media (Flanegan Bainon)

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata ini membuktikan Amri Yahya perlu terus berada dalam senarai utama dengan memberi satu role model khususnya kepada pemain-pemain muda Sabah FC agar mampu tunjukkan prestasi sebenar mereka.

Katanya ramai mengakui Amri Yahya masih mempunyai sentuhan berbisa jika dimanfaatkan oleh pasukan serta berpengalaman sambil bermain dengan begitu baik meskipun berusia 41 tahun.

“Kita percaya Amri merekodkan sebagai pemain tertua menjaringkan hatrik dalam saingan MFL. Rekod ini sudah tentu akan bertahan begitu lama berikutan pemain lain tidak mampu untuk melakukannya.

“Jaringan pada minit ke51’, 61’ dan 71’ membuktikan dia (Amri) tahu di mana beliau harus berada membantu Sabah FC dalam saingan Liga Super dan Piala FA nanti,” katanya.

Amri Yahyah with Saddil, Rizal and Baddrol after scoring a hattrick. | Photo: Sabah FC Media (Flanegan Bainon)

Beliau berkata demikian dalam siding media selepas perlawanan Sabah FC menentang KDA FC di Stadium Likas Kota Kinabalu, malam tadi.

Ketika mengulas mengenai keseluruhan perlawanan malam tadi, Kim Swee berkata apa yang penting semua pemain memainkan peranan sambil mengikut arahan berdasarkan apa berlaku pada separuh masa pertama.

“Kita mencipta peluang sehingga tidak membenarkan KDA FC bermain seperti mereka selalu lakukan…Ini merupakan satu disiplin yang cukup baik ditunjukkan oleh semua pemain.

“Pada separuh masa pertama kita tak berjaya menjaringkan gol tetapi pemain terus mengekalkan momentum sehingga pada separuh masa kedua apabila kita dapat satu gol,” katanya.

Ketika jaringan pertama Sabah FC meletakkan tekanan kepada pasukan KDA FC sehingga berjaya menghasilkan gol kedua, ketiga, keempat sekali gus menutup peluang pasukan pelawat menjaringkan gol.

Amri Yahyah with Rizal and Baddrol after scoring his second goal. | Photo: Sabah FC Media

“Kita melihat sudah wujud keserasian dalam kalangan pemain….mereka menunjukkan prestasi yang sangat baik, mengikut arahan serta berdisiplin.

“Ini yang kita perlukan bukan sahaja pada malam tadi, malah mereka perlu meneruskan dan mengekalkan rentak berterusan sehingga pada perlawanan akan datang,” katanya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *