Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Amri taruhan utama menentang Kelantan United FC dalam saingan Piala FA di Stadium Likas malam esok

Prestasi cemerlang pemain veteran, ‘Mohd Amri Yahyah’ menjadi taruhan utama barisan pemain Sabah FC dalam pertemuan menentang Kelantan United FC dalam saingan pusingan kedua Piala FA di Stadium Likas malam esok.

Sesi Latihan Petang tadi

Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata Amri Yahyah dan pemain-pemain lain akan menggalas tugas penting selepas pemain import Neto Pessoa masih belum pulih sepenuhnya dan kemungkinan besar tidak akan diturunkan menjelang pertemuan malam esok namun senarai kesebelasan utama pemain yang diturunkan hanya akan diketahui sebelum sepak mula.

Katanya ketika ini tahap kecergasan para pemain Sabah FC berada pada tahap cemerlang serta fokus kepada perlawanan penting dengan memastikan dapat memperolehi keputusan baik malam esok.

“Kita anggap perlawanan malam esok adalah sangat penting meskipun semua maklum pasukan Kelantan United FC kini bermain dalam Liga Premier namun Sabah FC tidak boleh mengambil mudah.

“Apabila pasukan Liga Premier menentang Sabah FC mereka akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempamerkan mutu persembahan terbaik sekaligus ingin membuktikan mereka juga boleh bersaing dengan kelab-kelab Liga Super di negara ini.

“Kita tidak mahu pemain Sabah FC mengambil mudah pada perlawanan malam esok.. Semua pemain perlu menunjukkan kesungguhan mereka malam esok lebih-lebih lagi apabila bermain di gelanggang serta dihadapan penyokong sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Kim Swee berkata Sabah FC juga akan kehilangan khidmat pemain import sensasi Saddil Ramdani berikutan beliau kini bersama-sama pasukan Indonesia dalam kejohanan Sukan Sea yang berlangsung di Hanoi Vietnam.

“Namun begitu kesebelasan utama hanya akan kita ditentukan sebelum sepak mula malam esok. Jangan risau kita mempunyai banyak pilihan pemain…..Kita harus memikirkan beberapa faktor serta tujuan untuk kita bermain bagi memastikan Sabah FC dapat melangkah ke peringkat seterusnya,” katanya.

Coach Ong Kim Swee

Kim Swee berharap agar sokongan padu penyokong tegar Sabah FC turun beramai-ramai ke Stadium Likas Kota Kinabalu malam esok bagi memberikan sokongan padu kepada skuad Badak.

“Sabah FC memerlukan sokongan serta sorakkan daripada penyokong pada malam esok. Ini kerana perlawanan menentang Kelantan United FC adalah siri kalah mati sekali gus memastikan Sabah FC dapat melangkah ke perlawanan seterusnya kelak,” katanya.

Photos / Gambar: Raymond Dean (Sabah FC Media)