Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Jose Embalo sah ganti Neto Pessoa, mantapkan barisan serangan

Pengalaman beraksi di beberapa Liga Eropah menjadi sandaran kepada pemain Import baharu The Rhinos, “Jose Embalo” mencipta nama sebagai penyerang sensasi dalam saingan Liga Malaysia di negara ini.

Neto Pessoa

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata Jose Embalo berasal dari Portugal menggantikan Neto Pessoa selepas prestasi Neto kelihatan sedikit menurun selepas mengalami kecederaan yang mengambil masa agak lama untuk pulih sepenuhnya.

Jose Embalo, penyerang baru Sabah FC.

Katanya walaupun Neto berjaya menjaringkan gol ketika menentang Sri Pahang FC tetapi secara keseluruhan terdapat beberapa sudut lain yang turut menyebabkan beliau terpaksa ditukar dalam jendela perpindahan bagi memantapkan lagi jentera bahagian serangan.

“Kita tidak mengatakan Neto begitu ketara kehilangan ataupun prestasi yang menurun, tetapi kita perlu memastikan semua pemain terutamanya para pemain import perlu berada pada tahap yang cukup baik untuk bermain bersama Sabah FC.

“Kita harus memikirkan apakah langkah seterusnya, jadi saya membuat keputusan untuk menukarkan Neto kepada Embalo.

Jose Embalo sudah memulakan sesi latihan dengan Sabah FC

“Embalo sudah memulakan sesi latihan bersama Sabah FC. Kita yakin Embalo akan memberikan kesan besar dalam Sabah FC khususnya di bahagian serangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

Kim Swee berkata Embalo berpengalaman bermain dalam banyak liga di Eropah dan berharap memberikan kelebihan kepada Embalo untuk segera menyesuaikan diri dengan rentak permainan pasukan selain keserasian bersama-sama rakan sepasukan.

“Kita perlu bagi sedikit masa kepada Embalo….Untuk perlawanan dengan Selangor FC, Embalo tidak akan diturunkan kerana beliau baharu sahaja tiba.

“Kita mempunyai beberapa hari lagi untuk memastikan Embalo berada pada tahap kecergasan yang baik sebelum kita bersedia menurunkan Embalo dalam perlawanan dengan Selangor FC mahupun Negeri Sembilan FC nanti,” katanya.