Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Sabah FC bentuk pasukan terbaik tahun depan

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata beliau akan menilai semula semua pemain sebelum memutuskan senarai akhir para pemainnya bagi menghadapi Liga Malaysia 2023 termasuk kejohanan Piala AFC.

Katanya selepas penilaian dilakukan beliau akan mengambil keputusan sama ada mengekalkan atau menggugurkan mana-mana pemain ataupun menambahbaik pemain bagi memastikan Sabah FC tampil dengan barisan terbaik musim depan.

“Saya harap sesiapa yang dikekalkan dapat terus bersama, kita tahu bukan mudah untuk mendapatkan pemain kerana banyak pasukan juga akan membuat penambahanbaikan untuk pasuka masing-masing.

“Ini merupakan satu pencapaian yang amat baik bagi saya walaupun setahun kita bersama-sama tetapi para pemain telah berusaha dengan begitu baik.

“Kita ucapkan terima kasih atas sokongan daripada Presiden, Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Firdaus Akhbar Khan termasuk pengurus pasukan, Marzuki Nasir yang selalu bersama-sama pasukan.

“Ini menjadikan kita layak walaupun dengan slot ketiga tetapi saya percaya walaupun lambat itu satu pencapaian yang cukup positif,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Kim Swee, persiapan awal perlu dijalankan walaupun kejohanan Piala AFC hanya akan bermula pada pertengahan tahun depan

“Pada awal musim kita harus mengenalpasti kekuatan serta setiap kelemahan dan ini memberi kelebihan kepada Sabah FC.

“Apa yang penting di sini, saya berharap semua pemain Sabah FC sentiasa cergas kerana kita akan melalui proses amat padat dengan jadual-jadual liga, Piala Malaysia, Piala FA dan juga Piala AFC,” katanya.