Sabah FC mahu menjadikan ‘Johor Darul Tazim’ (JDT) ybang berjaya menjulang Piala AFC pada 2015 sebagai sumber inspirasi apabila beraksi dalam siangan Piala AFC bermula September ini.
Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata meskipun tidak meletakkan sebarang sasaran, namun beliau mahu semua pemainnya percaya pada diri mereka dan menjadikan kejayaan Kuala Lumpur City FC layak ke final kejohanan itu tahun lalu sebaga motivasi untuk layak ke peringkat sama.
“Kami tidak meletakkan sasaran untuk ini tetapi kami mempunyai objektif dan untuk layak ke peringkat seterusnya.
Kejayaan dua kelab dari Malaysia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menjulang Piala AFC pada 2015 dan Kuala Lumpur City FC (KL City) muncul naib juara pada musim lalu mahu dijadikan inspirasi, dan itu yang akan dilakukan Sabah FC musim ini,” katanya dalam kenyataan media selepashari ini.
Kim Swee berkata, tiada apa yang mustahil buat pasukannya selepas melihat skuad Sang Badak diundi dalam Kumpulan H bersama-sama kelab Vietnam, Haiphong FC, wakil Singapura Hougang United dan ju⁶7 uhhara Liga 1 Indonesia, PSM Makassar.
Jelasnya, JDT dan KL City sudah membuktikan bahawa kelab dari Malaysia juga mampu melangkah hingga ke final Piala AFC.
“Oleh itu semangat serta motivasi sama mahu disuntik kepada barisan pemainnya apabila memulakan kempen itu pada 21 September ini dengan menentang Hougang United di Stadium Likas.
“Ia akan memberikan impak yang berbeza buat pasukan Sabah untuk mengharungi baki perlawanan Liga Malaysia (Liga M) selepas ini,” katanya.
Dalam perkembangan sama, bekas pengendali kebangsaan itu berharap penyokong setia Sabah FC akan terus memberi sokongan sepanjang kempen Piala AFC nanti.
“Ianya adalah satu pencapaian yang baik untuk rakyat Sabah, penyokong yang setia dan mereka perlu berbangga.
“Ianya adalah satu pencapaian yang baik untuk rakyat Sabah, penyokong yang setia dan mereka perlu berbangga.
“Teruskan sokongan kerana bukan mudah untuk layak ke peringkat seperti ini dan ianya penting untuk membantu pemain beraksi dengan baik,” katanya.