TAWAU : Peminat pasukan Sabah FC berpeluang menyaksikan perlawanan persahabatan menentang Tawau FA di Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau pada 12 Oktober ini. Mereka bukan setakat berpeluang menyaksikan aksi pemain-pemain kesayangan mereka, tetapi mereka juga akan berpeluang bertemu pemain kesayangan mereka
“Tiket perlawanan boleh dibeli bermula 9.00 pagi pada 12 Oktober ini di kaunter tiket Stadium Utama Kompleks Sukan Tawau.
“Kita memilih Tawau sebagai destinasi jelajah Sabah FC selepas Keningau kerana melihat sokongan masyarakat yang memberangsangkan di daerah ini terhadap sukan bola sepak,” katanya di sini hari ini.
Mohd Joh berkata, selain itu sesi jelajah ini juga digunakan untuk mempromosikan Tawau sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik untuk dikunjungi samada oleh pelancong tempatan atau antarabangsa.
“Menerusi perlawanan persahabatan ini kita berharap akan melihat bakat-bakat muda tempatan dalam sukan bola sepak khususnya mereka yang berasal dari Tawau.
“Tawau merupakan antara daerah yang mempunyai ramai peminat bola sepak serta pernah melahirkan beberapa nama besar dalam arena bola sepak tempatan Sabah seperti Suharmin Yusof dan Mohd Jaya Kassim,” jelas Mohd Joh.
Beliau berharap perlawanan ini dapat menjadi platform yang tepat untuk mengenal pasti potensi pemain pelapis di masa depan.
“Selain perlawanan persahabatan, pelbagai aktiviti menarik turut dirancang oleh Persatuan Bolasepak Tawau sebagai pengelola perlawanan ini termasuk sesi bertemu peminat dan penjualan barangan ‘merchandise’ Sabah FC.
“Beberapa aktiviti untuk pertemuan bersama akademi bola sepak akar umbi turut diadakan. Ini akan memberikan peluang kepada tunas-tunas muda Tawau untuk lebih dekat dengan pemain kegemaran mereka,” kata Mohd Joh.
Harga tiket akan dijual dengan harga RM15 untuk tempat duduk berbumbung manakala RM10 untuk tempat duduk terbuka.
TawauKamiDatang #SabahFC #BangunlahBersatuSemua