Sayap Sang Badak Dapat Suntikan Baharu. Fayadh Zulkifli Kini Bersama Sabah FC!

Sabah FC menambah kekuatan bagi menghadapi cabaran musim 2026/2027 dengan kehadiran Mohammad Fayadh Mohd Zulkifli Amin, yang bakal memperkuatkan jentera serangan Sang Badak.

Pemain kelahiran Baling, Kedah itu menyertai Sabah FC selepas beraksi bersama Imigresen FC. Mampu beroperasi di bahagian sayap kiri dan kanan, Fayadh bakal menyarung jersi bernombor 21 bersama Sang Badak musim ini.

Fayadh hadir ke bumi Sabah dengan pengalaman serta perjalanan karier yang tersendiri. Antara detik yang paling terpahat dalam ingatannya adalah ketika membantu Kedah menjulang Piala FA 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 di pentas final.

Di pentas Asia, Fayadh turut mempunyai pengalaman beraksi dalam kempen kelayakan Liga Juara-Juara AFC di Korea Selatan pada 2020, selain mencipta kenangan tersendiri apabila menjaringkan gol dalam saingan peringkat AFC bersama Kedah pada 2022.

Pengalamannya turut merangkumi pentas antarabangsa apabila berpeluang bersama skuad kebangsaan pada 2021 di Jordan, pengalaman yang memberinya peluang berkongsi pentas bersama antara pemain terbaik negara ketika itu.

Kini, Fayadh bersedia membuka lembaran baharu bersama Sang Badak. Potensi yang dimiliki Sabah FC serta kekuatan penyokongnya menjadi antara faktor utama yang meyakinkan Fayadh untuk memilih bumi di bawah bayu sebagai destinasi seterusnya dalam kariernya.

“Saya memilih Sabah FC kerana saya melihat pasukan ini mempunyai potensi yang sangat baik untuk saya terus berkembang sebagai pemain. Seperti yang kita tahu, Sabah FC juga mempunyai penyokong yang hebat dan sentiasa berada di belakang pasukan sepanjang perlawanan,” katanya.

Bekas tonggak Sabah FC, Baddrol Bakhtiar, turut menjadi antara pemain yang memberikan inspirasi kepadanya selepas melihat komitmen dan konsistensi yang ditampilkan sepanjang menyarung jersi Sang Badak.

Bagi Fayadh, misinya bersama Sabah FC cukup jelas, memberikan segala yang dimiliki setiap kali turun ke padang dan terus mencabar dirinya untuk mencapai kejayaan bersama pasukan.

“Saya akan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan dan terus mendorong diri saya sepanjang bermain untuk Sabah kerana saya mahu berjaya bersama Sabah FC.”

A New Chapter Begins. Fayadh Zulkifli is a Rhino.

Scroll to Top

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

dolantogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

opaltogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

gokutogel

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

cairbos

skwslot

skwslot

skwslot

skwslot