Sabah Football Club

Sabah FC Logo

Sabah FC elak digelar sebagai status “Ayam Mati”

President SAFA, Bung Mokhtar.

KOTA KINABALU: Semua pemain Sabah FC perlu mempunyai mentaliti pasukan bergelar juara dalam setiap perlawanan yang diharungi dalam kempen Liga Malaysia tahun ini sekaligus mengelak digelar pasukan “Ayam Mati”

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengingatkan setiap pemain Sabah FC mesti berlagak menang dan jangan sekali-kali inginkan kemenangan tetapi semangat dan permainan yang ditunjukkan seolah-olah mahu kalah.

Katanya jika mahu menang, setiap pemain Sabah FC mesti menunjukkan gaya seorang juara yang inginkan kemenangan agar disegani oleh pihak lawan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sabah FC Fundraising Dinner yang diadakan di Kota Kinabalu malam tadi.

“Harapan saya dengan kewujudan pasukan baharu ini, Sabah FC akan menjadi kelab yang berkualiti serta dapat memperagakan gaya permainana terbaik serta mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menang dalam setiap perlawanan.

“Saya nampak ketrampilan Ketua Jurulatih , Datuk Ong Kim Swee memang mahu menang…Oleh itu semua pemain harus dengar setiap arahan yang diberikan jurulatih,” katanya di sini semalam.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata Sabah FC sangat terhutang bud kepada Datuk Ong serta berterima kasih dengan sokongan padu daripada kalangan pihak pengurusan untuk memastikan pasukan ini mampu memberikan saingan sengit dalam Liga Malaysia nanti.

“Tahun ini Sabah FC akan tampil memberikan saingan hebat kepada pasukan ternama lain dalam Liga Malaysia berdasarkan prestasi serta persiapan awal yang dijalankan sejak 2020 dan diteruskan lagi dengan perubahan besar yang dilakukan pasukan sejak Datuk Ong dilantik menjadi Ketua Jurulatih Sabah FC,” katanya.