Sabah Football Club

Jurulatih Kecergasan, Rastislav Bozik dan Pemain Kacukan Malaysia

(Kiri) Pemain Kacukan Stuart Wilkins dan (Kanan) Jurulatih Kecergasan Rastislav Bozik

KOTA KINABALU: Bekas jurulatih pasukan kebangsaan Mongolia, Rastislav Bozik (Rasto), 44 tahun dari Slovakia memulakan tugas rasminya selaku jurulatih kecergasan Sabah FC bermula 1 Januari 2022.

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee berkata sebelum ini mereka berdua sudah bekerjasama selama 10 tahun ketika bertugas bersama-sama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Sabah FC Fitness Coach, Rastislav Bozik

“Ini akan memberi satu kelebihan kepada Sabah FC kerana Rasto mempunyai banyak pengalaman dalam bidang kecergasan sekaligus dapat berkongsi kepakarannya bersama-sama Sabah FC nanti.

Sementara itu, Stuart Wilkin yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim juga telah mula menjalani latihan bersama-sama pasukan Sabah FC petang tadi.

Pemain Kacukan, Stuart Wilkins

“Kehadirannya akan menambahbaik kekuatan bahagian jentera tengah bersama-sama Baddrol dan Irfan serta pemain import dari Korea, Park Taesu yang turut diikat semula untuk musim yang keempat. Ini akan memberikan satu lagi saingan yang sihat kepada pasukan Sabah FC,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi latihan yang diadakan di Stadium Likas petang tadi.

“Ini merupakan minggu kedua kita berlatih. Pemain lain termasuk Baddrol, Rizal, Dominic serta Khairul Fahmi hanya akan bersama-sama kita pada minggu hadapan.

“Pemain-pemain import hanya akan hadir kemungkinan pada pertengahan atau penghujung Januari nanti. Kita perlu meneliti kualiti para pemain import ini sebelum memutuskan siapa yang akan kita pilih,” katanya.