Sabah Football Club

News

Keserasian dalam kalangan pemain perlu diperbaiki segera

Pengendali Sabah FC mengakui masih ada banyak kelemahan meskipun mencapai kemenangan dalam saingan Piala FA menewaskan Respect FC di Stadium Likas malam tadi. Katanya banyak pertukaran dilakukan dalam kesebelasan utama bagi memberi peluang sekaligus mewujudkan keserasian para pemain namun mereka masih belum menemui rentak permainan sebenar. “Dari segi keputusan memang bagus kerana kita layak ke …

Keserasian dalam kalangan pemain perlu diperbaiki segera Read More »

Sabah FC perlu kekalkan momentum kemenangan malam esok

KOTA KINABALU: Sabah FC harus mengekalkan momentum kemenangan menentang Respect FC dalam saingan Piala FA malam esok untuk layak ke pusingan seterusnya. Pengendalinya Datuk Ong Kim Swee berkata walaupun berhadapan dengan beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan namun Sabah FC masih mempunyai pilihan pemain yang mampu menggalas tugas ketika beraksi di Stadium Likas malam esok. …

Sabah FC perlu kekalkan momentum kemenangan malam esok Read More »

Kim Swee percaya Sabah FC akan bertambah baik, pemain harus diberi masa

KOTA KINABALU: Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee percaya pasukannya akan bertambah baik dari semasa ke semasa. Justeru, bekas jurulatih kebangsaan itu mahu setiap pemain termasuk pemain import Neto Pessoa, Jackson De Souza, Taiki Kagayama, Taesu Park dan Saddil Ramdani harus diberi masa. “Pemain-pemain ini hanya dikumpul selama dua bulan…walaupun mereka merupakan pemain-pemain yang …

Kim Swee percaya Sabah FC akan bertambah baik, pemain harus diberi masa Read More »

Sabah FC tidak pernah meminggirkan pemain tempatan untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2022

KOTA KINABALU: Tiada istilah ‘pilih kasih’ dalam pemilihan pemain yang diturunkan Sabah FC dalam satu-satu perlawanan sehingga meminggirkan beberapa pemain tempatan beraksi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022. Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata kemampuan para pemain akan dinilai sebelum mereka disenaraikan sebagai kesebelasan utama pasukan. “Apabila saya menubuhkan satu pasukan baharu Sabah FC, sebenarnya tidak …

Sabah FC tidak pernah meminggirkan pemain tempatan untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2022 Read More »

Kim Swee Kecewa Sabah FC Gagal Raih Mata Di Laman Sendiri

KOTA KINABALU : Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee nyata tidak berpuas hati dengan kegagalan anak buahnya untuk memungut tiga mata menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) di gelanggang sendiri pada aksi sulung Liga Super 2022 di Stadium Likas malam tadi. Katanya, meskipun mengawal banyak situasi sepanjang perlawanan namun pemain dilihat gagal untuk memanfaatkan …

Kim Swee Kecewa Sabah FC Gagal Raih Mata Di Laman Sendiri Read More »

Sabah FC wajar catat kemenangan pertama di gelanggang sendiri malam ini

KOTA KINABALU: Sabah FC wajar ambil peluang ‘Menang’ beraksi digelanggang sendiri ketika bertemu Negeri Sembilan FC di Stadium Likas malam ini. Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin berkata semua pemain mesti berlagak juara serta elak jangan mahu menang tetapi seolah-olah seperti macam mahu kalah. Katanya jika mahu menang pemain …

Sabah FC wajar catat kemenangan pertama di gelanggang sendiri malam ini Read More »

Persiapan Sabah FC terjejas tanpa 3 pemain import

KOTA KINABALU: Tiga pemain import Sabah FC bersama-sama beberapa pemain tempatan lain berkemungkinan tidak dapat diturunkan menjelang pertemuan menentang Negeri Sembilan FC (malam esok) di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee berkata dua pemain import Brazil, Neto Pessoa dan Jackson De Souza serta Taiki Kagayama, pemain import Jepun dan beberapa pemain lain …

Persiapan Sabah FC terjejas tanpa 3 pemain import Read More »

Sabah FC sasar berada dalam 5 tempat teratas Liga Malaysia

KOTA KINABALU: Sabah FC meletakkan sasaran untuk berada di kedudukan lima tempat teratas dalam persaingan Liga Malaysia 2022 yang dijangka bermula awal Mac depan. Pengendalinya, Datuk Ong Kim Swee, berkata setiap pemain, jurulatih serta pegawai pasukan sudah tentu inginkan lebih daripada sasaran itu berdasarkan persiapan sedia ada. “Saya berharap kita mampu mencapai melebihi daripada apa …

Sabah FC sasar berada dalam 5 tempat teratas Liga Malaysia Read More »

Kembalikan zaman kegemilangan bola sepak Sabah FC masa lalu

KOTA KINABALU: Sabah FC mampu mengembalikan zaman kegemilangan bola sepak negeri Sabah sekali gus kembali menjadi pasukan digeruni serta dihormati bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di rantau ini. Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata Sabah pernah menjadi antara pasukan bola sepak elit negara melahirkan bintang seperti Datuk James Wong, Datuk …

Kembalikan zaman kegemilangan bola sepak Sabah FC masa lalu Read More »